Kelayakan Kontraktor
Mereka yang layak memohon skim ini ialah:-
a. Kontraktor-kontraktor (Kontraktor Induk atau Kontraktor
Kecil Yang Dinamakan) yang berdaftar di dalam kelas `E' hingga
`BX' atau kelas `I' hingga `VI', dengan Pusat Khidmat Kontraktor
(PKK) dan gred G1 hingga G5 dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB), atau bagi projek-projek tidak melebihi
RM 4 juta.
b. Masih diiktiraf sebagai bertaraf Bumiputera oleh PKK.
c. Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh
Bumiputera 100%.
d. Menerima Surat Setuju Terima Tender dari Jabatan Kerja
Raya bagi kontrak kerja Persekutuan sahaja.
e. Harga tender adalah `viable' atau menguntungkan.
f. Mempunyai rekod kerja yang memuaskan serta tidak terlibat
dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.
g. Kontraktor yang telah mendapat Wang Pendahuluan mengikut
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/95 atau yang mendapat
pinjaman dari bank atau institusi kewangan dengan mencagarkan
kontrak kerja yang diperolehi, tidak layak mendapat pinjaman
di bawah skim ini.
h. Bagi Kontraktor Kecil Yang Dinamakan (NSC), nilai kontrak
NSC hendaklah melebihi RM 100,000.00 dan tempoh kontrak tidak
kurang 20 minggu.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN
a. Jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan `merit' tiap-tiap
satu kes tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak 15% nilai
kerja pembinaan.
b. Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk
perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
c. Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
d. Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak
yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja
itu kepada pihak-pihak lain.
e. Peminjam hendaklah melaporkan mengenai kemajuan projek
yang dibiayai di bawah skim ini pada setiap dua (2) minggu.
BAYARAN BALIK
a. Bayaran balik pinjaman akan dibuat melalui potongan dari
bayaran kemajuan.
b. Kaedah potongan berasaskan formula di bawah:-
D = 200 x (A/B)% x P
DI MANA
D - ialah jumlah potongan
A - ialah jumlah pinjaman yang dibayar kepada kontraktor
B - ialah jumlah Nilai Kerja Pembina (Builder's Work)
P - ialah jumlah kerja pembina yang diperakukan dalam sijil
Bayaran Interim (termasuk nilai yang diperakukan bagi bahan-bahan
ditapak bina yang melebihi 25% daripada nilai B)